Friday, November 19, 2010

Salam 1 Malaysia Salam 1 Bahasa



Gagasan konsep 1 Malaysia sejajar dengan konsep memiliki dan menganuti satu bahasa, iaitu bahasa Malaysia dalam persekitaran masyarakat majmuk yang ada di negara kita ini. Persoalannya di sini, adakah usaha ke arah memiliki dan menganuti satu bahasa ini seiring dengan pelaksanaan konsep 1  Malaysia ini? Lantaran, penggunaan Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan bangsa harus disemarakkan lagi, harus dibangkitkan semula walaupun usaha ke arah perkara ini pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu. Usaha atau gagasan ini akan sukar untuk dicapai sekiranya setiap individu yang ada di bumi bertuah ini tidak saling berganding bahu, tidak saling memecahkan ruyung dalam merealisasikan gagasan tersebut.


Kita faham dan kita maklum, terdapat beberapa badan yang giat mencanangkan usaha ini. Namun, walaupun gendang tetap dipalu dengan pelbagai rentak tanpa adanya penari di lantai tari, pastinya seni gerak tari yang hendak disampaikan akan pincang jadinya. Begitu juga dengan alunan dan paluan gendang yang mengasyikkan akan sumbang kedengarannya. Dalam hal ini kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan. Malah kita perlu turut sama terlibat, turut sama "turun padang" dalam menggapai hasrat ini.


Sebagai genersi muda, khususnya para pelajar ataupun mahasiswa dan mahasiswi seharusnya gigih memperjuangkan hak dan harta pusaka yang kita ada ini kerana hilang bahasa pincanglah bangsa. Dalam hal ini para pelajar tidak seharusnya bersifat ditelan mati emak diluah mati bapa, penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh berjalan seiring namun sebagai para intelek, para pelajar seharusnya tahu memberikan keutamaan mengikut keadaan. Oleh kerana keutamaan tidak diselaraskan dengan keadaan, maka inilah yang menyebabkan Bahasa Malaysia semakin dihimpit ke belakang, semakin hilang dari pandangan. Apatah lagi bahasa yang ada hari ini digolakkan lagi dengan sindrom "bahasa rojak".  Jadi, generasi muda hari ini perlu bangkit dan lebih bersemangat dalam merealisasikan gagasan atau konsep 1 Malaysia 1 Bahasa ini. Ayuh, kita orakkan langkah, kita gapaikan tangan. Nescaya harapan akan menjadi kenyataan.


Sekian, wassalam.


"Bahasa Jiwa Bangsa"
DR MARDIAN SHAH OMAR

Wednesday, November 17, 2010

Jurnal Persatuan Linguistik Jilid 9




Saya turut menyumbang artikel dalam menghasilkan jurnal ini, iaitu
"Penyebaran Bunyi Vokal /a/ Dalam Kata Bahasa Melayu: Satu Penelitian Fonetik Akustik"

Thursday, November 11, 2010

Penerbitan Terkini - Penyelidikan Linguistik Bahasa dan Budaya


Saya juga turut serta memberi sumbangan dengan menghasilkan beberapa tajuk bagi bab dalam buku ini, iaitu
"Penyelesaian Permasalahan Fonologi Melalui Pendekatan Fonetik Akustik: Satu Kes Dua Urutan Vokal Dalam Kata Unggulan" – Buku Penyelidikan Linguistik Bahasa Dan Budaya – UPM  2010
ISBN 978-967-960-271-5

"Linguistik Steganografi: Pengaplikasiannya Dalam Bahasa Melayu" – Buku Penyelidikan Linguistik Bahasa Dan Budaya – UPM 2010
ISBN 978-967-960-271-5

"Bunyi Vokal Bahasa Melayu: Satu Kajian Fonetik Akustik" – Buku Penyelidikan Linguistik Bahasa Dan Budaya – UPM 2010
ISBN 978-967-960-271-5

Trainer's Biodata

A.     LATAR BELAKANG

NAMA                                                                      
Dr Mardian Shah Omar
NO TELEFON
012 6180260
NO FAX
 03 89212108

KEWARGANEGARAAN

Malaysian
ALAMAT
Institut Kajian Liberal, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya, Jalan Ikram-Uniten,
43000 Kajang Selangor.
  
B.     KELAYAKAN AKADEMIK

         Ijazah Sajana Muda Sastera, USM.
         MA in Linguistics, Leeds University, UK.
         Doktor Falsafah, UKM.
              
        
         KELAYAKAN PROFESIONAL                       
       
         International FIG Brevet Judge for Aerobic Gymnastics, Manila.
         FIG Aerobics Academy Level 1, Eauborne France.

CV

 

 Academic Staff Profile


Full Name
Mardian Shah Omar
Staff ID/No.
U10538
E-mail

Contact No
(603) 89287509 / 0126180260
Department
Language & Communication, Institute of Liberal Studies
Academic Qualifications
BA (Hons) USM, MA Leeds, PHD. UKM (Submitted thesis correction after viva)
Current Position
Senior Lecturer
Supervision
Co- Supervisor :
Hasanah Bt Zulcefli Muhammad (ST 20610)
Master In Information Technology (Structure A)
“Linguistic Steganography” (Ongoing)

Working Experience
April 1997 - November 1997
Project Co-Ordinator
JRT 800 Travel
Regents Park House,
Regent Street,
Leeds LS2 7QT, England.

September 1998 - November 1998:
Malay Language Lecturer
International Short Course Centre
The University College of Ripon
& York St. John, Lord Mayor’s 
Walk, York YO31 7EX, England.

August 1999 - April 2007:
Lecturer: Malay Language for
Foreign Students, Malay
Language, Aerobic Fitness for
Co-Curriculum
Institut Kajian Liberal (IKAL)
Universiti Tenaga Nasional,
KM 7, Jalan Kajang-Puchong,
43000, Selangor Darul Ehsan.

January 2000 – April 2007:
Lecturer & Coordinator
Malay Language for Foreign Students
Alam Tamadun Melayu (ATMA)                                                                       
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor, D. Ehsan.

December 2000 – March 2006:
Aerobics Instructor
Pusat Kokurikulum /
Kelab Aerobik & Kecergasan,
Unit Sukan, Stadium Universiti,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

February 2001 – August 2003:
Aerobics Instructor
National Institute of Occupational
Safety and Health (NIOSH),                                 
Bandar Baru Bangi, Selangor D. Ehsan.

July 2004 – April 2006:
Lecturer
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Universiti Kebangsaan Malaysia

Courses Taught in Uniten & Outside

Subjects:
MALB103- Malay for Foreign Students
MALB113- Malay Language Corporate
MALF102 & 104 – Malaysian Cultural For International Students

Short Course:
Pengacaraan Majlis
Pengucapan Awam
Pemikiran Kreatif
Penulisan Kreatif
Penganjuran Majlis
Penulisan Rasmi Yang Berkesan
Ketrampilan & Kepimpinan

Professional Bodies

  • Chairman for Malaysia Aerobic Gymnastics Technical Committee (On Going) – 2005 -
  • FIG Aerobic Gymnastics International Brevet Judge (On Going) – 2005
  • Honorary Fellow for Southeast Asia Summer Institute (SEASSI) Program at Wisconsin University, USA - 2006
  • Penasihat & Penilai Bagi Program Kursus Intensif Ketrampilan Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing di UKM – 2007
  • Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) – 2010

Administrative Post in Uniten


  • Resident Fellow of Kelompok Amanah
  • AJK Tatatertib UNITEN
  • President of IKAL’s CLUB
  • Secretary For OSHA of IKAL
  • Committee of PAKAT
  • Advisor for Shutters Uniten
  • Committee of Publication & Research Team of IKAL
  • Committee of SEMS of IKAL
  • Committee of Short Course Programme of IKAL
  • Committee of 5S Team of IKAL
  • Committee of ICV Team of UNITEN/IKAL
  • Committee of Green Initiative of UNITEN

Internal
Project or Research
(any ongoing / completed research project)

  • Sukan Aerobik Gimnastik: Kekangan dan Masa Hadapan (Gran Penyelidikan Uniten) – J510050154  – 2008 – 2009 (Bersama - Selesai)
  • Effect of Low Impact Aerobic Exercise on Psychological Health (Stress) Among Sedentary Women In Uniten: J510050153 (Bersama - Selesai)
  • Kriteria –kriteria Yang Diperlukan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Kepada Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta – J510050300 (Ketua)
  • Kesan Pengaplikasian Kaedah Pengajaran Berstruktur Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Pelajar Antarabangsa: Satu Kajian Kes Di Universiti Tenaga Nasional – J510050336 (Ketua)
  • Gaya Pembelajaran pelajar-pelajar UNITEN dalam subjek berbahasa Melayu - J510050332 (Bersama)

External
Project or Research
(any ongoing / completed research project)


  • Pelantikan Sebagai Penulis Pakej Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bermultimedia (Penutur Asing) Peringkat IPT – DBP (Ketua – Ongoing) – Julai 2010

  • Pelantikan Sebagai Penulis Pakej Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bermultimedia (Pelancong) Peringkat Umum – DBP (Ketua – Ongoing) – Julai 2010

  • Pelantikan Sebagai Penulis Pakej Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bermultimedia (Penutur Asing) Peringkat Dewasa – DBP (Ketua – Ongoing) – Julai 2010

Activities & Participations

Financial Year 2009 - 2010

  • Lantikan Sebagai Pelaksana ICV – Feb 2009
  • Lantikan Sebagai Jawatan Kuasa Pembangunan Kesenian & Kebudayaan UNITEN – Mac 009
  • Lantikan Sebagai Petugas Teknikal Hari Kualiti – Mei 2009
  • Pengacara Majlis Program Hari Kecemerlangan Kualiti – Mei 2009
  • Penceramah ICV Bagi Pelancaran ICV di COIT – Ogos 2009
  • Pengacara Majlis Bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Graduan – Ogos 2009
  • Pengacara Majlis Konvokesyen UNITEN ke-12 – Ogos 2009
  • Pengacara Majlis Bagi Tun Mahathir Lecture Series – Dec 2009
  • Pengacara Majlis Bagi Program Amanat NC Bersama Warga Kerja UNITEN – Jan 2010
  • Lantikan Sebagai Wakil IKAL Untuk Green Initiative – April 2010
  • Menghadiri Bengkel Penerbitan Pakej Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bermultimedia, DBP – April 2010
  • Pengacara Majlis Anugerah Graduan Cemerlang 2010 – Ogos 2010
  • Pengacara Majlis Konvokesyen UNITEN ke-13 – Ogos 2010
  • Penceramah Kursus Pengacara Berjaya UNITEN – Ogos 2010
  • Menghadiri Program Latihan – Towards High Impact Publication And ISI Publication For Arts & Social Scientists, AKEPT – Oktober 2010





Publications

Books:
·    Fonetik dan Fonologi – PTS Professional 2006
ISBN 983-3585-63-9
·    Malay Language For Foreigners Book 1 – DBP 2007
ISBN 978-983-62-9510-1
·    Malay Language For Foreigners Book 2 – DBP 2007
ISBN 978-983-62-9511-8

Chapter in Book:
  • Pengenalan Kepada Fonetik Eksperimental dan Kaitannya dengan Aspek Jantina Dan Umur – Buku Penyelidikan Linguistik & Pembudayaan Bahasa – DBP, Penyunting: Zaitul Azma et. al. 2008

  • Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing: Pengaplikasian Kaedah Berstruktur – Buku Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia 09. Johor Bahru, Johor 2009

  • Analisis Spektrografik Terhadap Urutan Vokal dalam Kata Unggulan Bahasa Melayu – Buku SKALi09 – UKM 2010

  • Penyelesaian Permasalahan Fonologi Melalui Pendekatan Fonetik Akustik: Satu Kes Dua Urutan Vokal Dalam Kata Unggulan – Buku Penyelidikan Linguistik Bahasa Dan Budaya – UPM 2010
         ISBN 978-967-960-271-5

  • Linguistik Steganografi: Pengaplikasiannya Dalam Bahasa Melayu – Buku Penyelidikan Linguistik Bahasa Dan Budaya – UPM  2010
         ISBN 978-967-960-271-5

  • Bunyi Vokal Bahasa Melayu: Satu Kajian Fonetik Akustik – Buku Penyelidikan Linguistik Bahasa Dan Budaya – UPM 2010
          ISBN 978-967-960-271-5

Journals:
Penyebaran Bunyi Vokal /a/ Dalam Kata Bahasa Melayu:
Satu Penelitian Fonetik Akustik – Jurnal Linguistik Malaysia
ISSN 1823-9242 Jilid 9 2009

Seminars / Papers / Prosidings:
·    Seminar Kebangsaan Linguistik 09 (SKALi09) – UKM, “Analisis Akustik Terhadap Urutan Vokal Dalam Kata Unggulan Bahasa Melayu” (Mac 2009)
·    Seminar Kebangsaan Linguistik 09 (SKALi09) – UKM, “Kajian Analisis Kekhilafan Bahasa: Satu Tinjauan Di Jalan Chow Kit”
(Mac 2009)
·     18th MELTA International Conference – Puteri Pacific, Johore, “Team Project is a Classroom Device to Promote Communicative Ability among University Foundation Students” (June 2009)
·     Teaching & Learning Conference & Workshop 09 – UNITEN, “Kaedah Yang Lebih Berkesan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Pelajar Asing Di Universiti Tenaga Nasional” (Ogos 2009)
·     Teaching & Learning Conference & Workshop 09 – UNITEN, “Enhancing Students’ Soft Skills Through Team Project Activity” (Ogos 2009)
·     Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia 09 – Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, “Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing: Pengaplikasian Kaedah Berstruktur” (Sept. 2009)
·    Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia 09 – Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia, “Penguasaan Semantik Dalam Kalangan Pelajar Melayu di Malaysia” (Nov. 2009)
·    Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia 09 – Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia, “Pengantarabangsaan Bahasa dan Budaya Melayu Melalui Aktiviti Komunikatif dan Interaktif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing” (Nov. 2009)
·    Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia 09 – Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia, “Pembinaan Model Rakan Mentor Untuk Pelajar Rendah Pencapaian Akademik Di UNITEN, Malaysia” (Nov. 2009)\
·    Seminar Antarabangsa Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-V, DBP, “Pengajaran Kata Adjektif Kepada Penutur Asing: Satu Pendekatan Interaktif Budaya” (Nov. 2009)
      Seminar Antarabangsa Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu, 
     UPM“Penyelesaian Permasalahan Fonologi Melalui Pendekatan   
                Fonetik Akustik: Satu Kes Dua Urutan Vokal     
                Dalam Kata Unggulan” (Okt. 2010)
·    Seminar Antarabangsa Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu, UPM “Linguistik Steganografi: Pengaplikasiannya Dalam Bahasa Melayu” (Okt. 2010)
·    Seminar Antarabangsa Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu, UPM “Bunyi Vokal Bahasa Melayu:Satu Kajian Fonetik Akustik” (Okt. 2010)
·    Seminar Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Indonesia, UKM “Mengharmonikan Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing Melalui Struktur Binaan Ayat (SBA)”(Okt. 2010)
·    Seminar Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Indonesia, UKM “Analisis Kekhilafan Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Di Sektor Awam” (Okt. 2010)

Awards

·         Best Presenter for 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008 – Johor Baharu (Februari 2008).




PROFILE PENCERAMAH


Dr Mardian Shah Omar merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Institut Kajian Liberal Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. Memperolehi MA in Linguistics dari University of Leeds, United Kingdom dan PhD. dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Linguistik, fokus kepada disiplin Fonetik Akustik – Pengujaran Bunyi Bahasa. Hingga kini beliau telah menghasilkan tiga buah buku, iaitu Fonetik dan Fonologi terbitan PTS Professional, Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing Buku 1 dan 2 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain menghasilkan buku, beliau juga menulis bab dalam buku – Linguistik dan Pembudayaan Melayu, DBP serta beberapa artikel yang dimuatkan di dalam jurnal. Pernah dihantar sebagai Felo Kehormat ke University of Wisconsin USA pada 2006 semasa berkhidmat di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Selain pernah berkhidmat sebagai pensyarah di USM dan Penyelaras Program Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing di UKM, Dr Mardian Shah Omar juga pernah menjadi pensyarah jemputan di University of York, England. Selain itu, beliau juga pernah diambil sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan juga di Fakulti Pertuturan dan Audiologi, USM Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau sering dijemput sebagai penceramah bebas dalam menyampaikan tajuk-tajuk seperti Penulisan Rasmi Yang Berkesan, Penulisan Kreatif, Ketrampilan dan Gaya Berbahasa, Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Awam, Pengacaraan Majlis, Kepimpinan dan Penganjuran Majlis dan banyak lagi. Pernah dijemput sebagai penceramah di Khazanah Nasional, Institut Latihan Sultan Ahmad Shah, badan-badan khas di UKM mahupun di UNITEN. Di samping menjadi seorang pensyarah dalam bidang Bahasa dan Komunikasi Korporat, Dr Mardian Shah Omar juga merupakan Pengacara Universiti di UNITEN dan juga sebagai pengacara bebas bagi majlis-majlis rasmi di Putrajaya mahupun di majlis-majlis perkahwinan yang besar. Beliau juga pernah suatu ketika dahulu menjadi pengacara rancangan televisyen RTM.  Pada zaman sekolahnya, beliau pernah menyandang gelaran johan dan naib johan pertandingan pidato Piala Diraja dan naib johan bagi Pidato Terbuka USM semasa di universiti. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah sebagai pembentang kertas kerja terbaik di Seminar Antarabangsa Danga Bay 2008, Felo Terbaik di UKM dan Jurulatih Terbaik, juga di UKM. Dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pengucapan awam dan penyediaan teks-teks ucapan, nescaya beliau dapat berkongsi pengalaman dalam tujuan memperkasa dan melestarikan penguasaan dan ketrampilan berbahasa seseorang individu tersebut. Begitu juga dengan latar pendidikan yang beliau miliki, sudah pasti beliau mampu menyuntik dan menjana idea serta dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih sistematik, berkesan dan terkini.